HEMPEDU BUMI - AKAR CERITA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgabMldoShk4Ml0LBrG0yOzOdLA9VZTjGrtI7SPBprTwndOvpNqhkQ0ZFaGvGCRvfQ_Ywo2Wx9C98kEBvwhspmK998BrqI8nYbdSV0Jz8_nhVmMm-_DINCgGStXYZ5V271_5UHjsJfqxhOZ/s400/hempedu+bumi.png)
Hempedu bumi juga dikenali pokok akar cerita atau nama Botani nya Andrographis paniculata merupakan satu tumbuhan herba
semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-90 cm. Daunnya
berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun
itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Ia banyak terdapat di
India, Thailand, Malaysia dan mudah dijumpai di tanah gambut. Tanaman
herba Asia yang didapati tumbuh di kampung-kampung di Malaysia yang
sudah popular secara meluas di Eropah dan Amerika, namun masih tidak
begitu dikenali di sini! Orang Eropah menamakan tumbuhan ini King of Bitter kerana sifat rasanya yang tersangat pahit.
Pokok
herba kecil ini barangkali merupakan salah satu pokok herba tradisional
Malaysia paling utama yang kita miliki. Ia merupakan satu kit
pertolongan cemas herba yang mampu meredakan derita akibat segala macam
masalah, terutamanya selsema,demam selsema dan demam panas, sakit tekak,
masalah hati, dan diarea (cirit birit ).
Tersenarai
di farmakopia (buku senarai dadah ubatan) Cina dan India, ubat herba
ini telah dikaji berhubung dangan sifat-sifat pelindung hati, perangsang
imun, antiradang, antidemam panas dan anti-HIV serta sebagai rawatan
klinikal untuk selsema, demam selsema, demam panas, sakit tekak dan
cirit birit. Kandungan utama hempedu bumi ialah suatu sebatian yang
amat pahit yang dikenali dengan nama andrografolida, yang pertama kali
ditemukan pada tahun 1911. Andrografolida didapati pada seluruh bahagian
pokok Hempedu Bumi tetapi paling tertumpu pada bahagian daunnya.
Daun Hempedu Bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara
menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya
supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara
menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
Bahan aktif dalam Hempedu Bumi,
iaitu andrografolida, bertindak sebagai anti oksida kuat, dengan itu
melindungi hati dan sistem pencernaan.Ujian makmal dan klinikal telah
membuktikan keberkesanannya dalam kes kerosakan hati akibat ketoksikan (keracunan), fungsi hati yang lembap, dan hepatitis.
Selain kesan-kesannya pada hati dan sistem pencernaan, Hempedu
Bumi juga terbukti berupaya mencegah pengumpulan kolesterol dalam
sistem peredaran darah ke tahap yang lebih ketara berbanding dengan
minyak ikan. Hempedu Bumi
paling sesuai bagi mereka yang lazim memakan makanan kaya kolesterol.
Secara tradisi herba ini juga telah lazim digunakan untuk merawat
tekanan darah tinggi, manakala hasil penyelidikan saintifik moden juga
telah mengesahkan kesan hipotensi (pengurangan tekanan darah) yang
sederhana dan selamat.
Andrografolida juga telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada kandungan utama Hempedu Bumi yang menghasilkan tindakan perangsang imun. Kajian klinikal terbaru telah menunjukkan bahawa pati terpiawai Hempedu Bumi merupakan
agen berkesan dalam pencegahan selsema. Kajian di Negara Barat
merumuskan bahawa, hasil daripada penggunaan Hempedu Bumi,
keletihan/kelesuan berkurangan sebanyak 30%, menggigil berkurangan
sebanyak 50%, sakit tekak berkurangan sebanyak 40%, sakit otot
berkurangan sebanyak 48%, dan pening dan sakit kerana resdung
berkurangan sebanyak 30%, Juga risiko untuk
dijangkiti selsema didapati dua kali ganda lebih rendah apabila
mengamalkan Hempedu Bumi. Kajian ini lalu merumuskan bahawa Hempedu Bumi
memberikan tahap keberkesanan yang tinggi dalam mengurangkan kejadian
dan keterukan gejala-gejala selsema biasa bermula pada hari kedua
rawatan. Tiada kesan-kesan buruk yang tidak diingini dilihat atau
dilaporkan.
Kajian pihak MARDI mendapati Hempedu bumi
boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang,
antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga
digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing
dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
Sila ambil perhatian, bahawa Hempedu Bumi
tidak disyorkan jika seseorang wanita yang menjangka akan hamil atau
merancang untuk hamil, ia selainnya selamat dan berkesan pada dos
(jumlah) yang agak kecil. Pada Hempedu Bumi
kita memiliki sejenis penawar mudah yang mampu mengelakkan sekian ramai
keluarga daripada mengalami sedemikian banyak kerumitan apabila
seseorang anggota keluarga yang tersayang jatuh sakit.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXj4qNbaOWEMYuVXkfUnQp8nKxfi38QoVfTHeZVEWaH515pT2c9Zg29qkDaDZ_NToLTs3SkQpoVexzvtp_Ew9WZrHtfnExTJcacZWNmwjViEOEQM5Wi9bgyHjnYvNLUqEYejc7dWUP59Mg/s400/andro-g.png)
DXN
mengeluarkan produk berasaskan Hempedu Bumi dinamakan Andro -G, di
dalam bentuk kapsul yang mudah ditelan dan dibawa bersama ke mana-mana
sahaja. Cubalah Hempedu Bumi sebagai pengganti kepada pil-pil penahan
sakit berasaskan bahan kimia dan rasakan sendiri manfaatnya.
Harga pengguna ANDRO-G :
30 kapsul: RM 21.60 dan 90 kapsul RM 59.50
Tiada ulasan:
Catat Ulasan