MENGAPA KITA SAKIT ?
Kita
berada di dalam dunia yang serba moden serta serba canggih dan kita
banyak menghabiskan masa dengan tugasan kerjaya kita untuk memenuhi
tuntutan ekonomi keluarga. Kadangkala kita berkerja dalam jangka masa
yang panjang dan terpaksa mengabaikan rutin makan kita dengan hanya
memakan apa sahaja yang boleh menyenyangkan. Masa untuk rehat terpaksa
diabaikan. Kita juga tidak selalu bersenam seperti yang disarankan
kerana kesuntukan masa. Persaingan dari berbagai sudut seperti beban
kerja, masalah kewangan dan sebagainya menyebabkan kita menghadapi
tekanan ( stress) yang tinggi.
SEBAHAGIAN BESAR MASALAH KESIHATAN BERPUNCA DARI TOKSIN ( BAHAN KIMIA ) DAN BADAN YANG TIDAK SEIMBANG.
TOKSIN:
Setiap kali kita makan, kita
mungkin memakan makanan dan minuman yang tidak asli. Kebanyakan bahan
makanan samada sayuran atau binatang ternakan mengandungi bahan-bahan
seperti baja kimia, racun serangga dan hormon penggalak tumbesaran di
samping bahan perasa, pewarna, bahan pengawet tiruan yang banyak di
pasaran manakala keadaan air dan udara di persekitaran kita banyak yang
tercemar. Ini menyebabkan setiap makanan, minuman dan udara yang kita
sedut mengandungi bahan toksin. Waktu tidur yang tidak terancang serta
tekanan (stress) menyebabkan toksin ini berkumpul di dalam badan kita.
Toksin ini tidak boleh keluar sekiranya kita tidak melakukan senaman
harian. Untuk itu kita memerlukan sesuatu yang boleh menyingkirkan
toksin dari badan kita.
SISTEM BADAN TIDAK SEIMBANG
Ada
kalanya kita mudah merasa letih, lesu dan mengantuk. Ini merupakan
tanda atau amaran bahawa sel tubuh badan kita berada dalam keadaan tidak
seimbang. Keadaan sel badan yang tidak seimbang ini disebabkan oleh
kekurangan makanan berkhasiat seperti carbohidrat, protin, enzim,
vitamin, lemak baik dan
serat. Ia akan memberi kesan kepada tisu, organ dan sistem badan kita.
Di samping itu, tekanan darah tinggi dan diabetes adalah simptom sistem
badan yang tidak seimbang. Jika kita mengabaikan tanda amaran ini untuk
satu jangka masa panjang, kita
akan menghadapi masalah kesihatan yang lebih besar dan rumit. Ketidak
seimbangan ini dibahagi kepada 2 bahagian iaitu ketidak seimbangan asid -
alkali serta ketidak seimbangan hormon badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan